Orang ramai membeli barangan keperluan asas pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Batu Tiga ,Shah Alam pada 20 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lembah Jaya, Bandar Baru Klang antara lokasi jualan murah esok

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 23 OGOS: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) meneruskan program jualan barangan keperluan asas pada harga murah ke tiga lagi lokasi esok

Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang bermula 10 pagi dijadual berlangsung di Medan Selera, Semenyih, Dewan Orang Ramai Taman Sri Ampang (Lembah Jaya) dan Surau Al Falah Taman Sri Pekan (Bandar Baru Klang).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :