Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membangunkan empat stesen telemetri kualiti air di lembangan sungai negeri ini. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENSISELANGOR

LUAS bangunkan empat stesen data, pantau kualiti air di lembangan sungai

SHAH ALAM, 21 OGOS: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membangunkan empat stesen telemetri kualti air di beberapa lembangan sungai negeri ini.

Agensi itu memaklumkan tiga stesen telemetri kualiti air siap dibangunkan di lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat yang kini sedang dalam proses kalibrasi (menentukur) data kualiti air.

“Selain itu LUAS turut memantau kemajuan proses pembangunan stesen telemetri kualiti air di Sungai Gong.

“Berdasarkan pemerhatian, kerja pembinaan stesen telemetri kualiti air di Sungai Gong hampir siap dan akan disusuli dengan kalibrasi data kualiti air dalam masa terdekat,” katanya di Facebook.

LUAS sebelum ini memaklumkan pembangunan stesen telemetri memberi kemudahan jaringan komunikasi bagi penghantaran data dari stesen telemetri ke peranti penyimpanan pemantauan agensi itu.

Stesen telemetri itu juga berperanan sebagai sistem amaran awal di hulu muka sauk yang berisiko.

Pengarang :