Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bergambar bersama penerima Skim Insurans Am Selangor ketika Jelajah Selangor Penyayang Daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 30 Oktober 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUANRENCANA

Masih keliru? Cara daftar, dapat manfaat insurans percuma negeri

SHAH ALAM, 24 OGOS: Pelaksanaan Skim Insurans Am Selangor (INSAN) bertujuan menyediakan perlindungan kepada penduduk negeri ini yang mengalami kecederaan atau kematian akibat kemalangan.

Selangor satu-satunya negeri yang menawarkan skim percuma itu. INSAN adalah satu daripada lebih 40 inisiatif dalam Iltizam Selangor Penyayang yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini.

Berikut ringkasan maklumat skim tersebut:

1. Apakah Skim Insurans Am Selangor (INSAN)?

Inisiatif Kerajaan Negeri sejak 1 Oktober 2022 untuk beri perlindungan insurans kemalangan diri berkumpulan secara percuma kepada enam juta rakyat berumur 30 hari hingga 80 tahun.

2. Apakah insurans kemalangan diri berkumpulan?

Pelan insurans am secara berkelompok untuk lindungi kehilangan upaya kekal atau kematian akibat nahas.

3. Siapakah yang layak menerima perlindungan INSAN?

Pemegang kad pengenalan kod negeri Selangor, beralamat di negeri ini atau pengundi berdaftar di sini layak terima perlindungan tersebut.

4. Bagaimana membuat permohonan?

Muat turun aplikasi e-Wallet Wavpay atau daftar di Pejabat Ahli Dewan Negeri Selangor.

5. Bilakah tarikh akhir pendaftaran?

Tarikh akhir untuk skim konvensional pada 30 September 2023, manakala tarikh akhir bagi INSAN takaful pada 3 Ogos 2024.

6. Adakah pelaksanaan INSAN melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010?

Pendaftaran tidak melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana Seksyen 3(1) akta tersebut tidak terpakai ke atas Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

7. Apakah yang dimaksudkan kaedah prapendaftaran?

Kaedah padanan maklumat kad pengenalan dengan data Suruhanjaya Pilihan Raya. Bagi pelajar 7 tahun hingga 19 tahun dan kanak-kanak (30 hari hingga 6 tahun setakat Mei), pengesahan dibuat Pejabat DUN atau aplikasi Wavpay.

8. Mengapa kaedah prapendaftaran digunakan?

Kaedah tersebut dijalankan bagi mendigitalkan sistem perkhidmatan kerajaan sekali gus memudahkan urusan antara rakyat dan kerajaan.

9. Apakah maksud pengesahan diri dan setuju terima tawaran?

Setiap penama perlu sahkan terima tawaran ini dengan muat naik swafoto bersama salinan (imej) kad pengenalan sebelum menjadi pemegang polisi yang sah.

10. Apakah bentuk perlindungan dalam INSAN?

Untuk kematian atau hilang upaya kekal:

Skim konvensional – perlindungan RM10,000
Skim takaful – perlindungan RM10,000 hingga RM20,000

Tambahan RM1,000 untuk kos pengebumian skim tafakul dan konvensional.

Skim takaful turut sediakan RM50 sehari selama sebulan bagi rawatan di wad.

11. Apakah beza antara INSAN konvensional atau takaful?

Skim INSAN Takaful disediakan oleh Takaful Ikhlas General Berhad, manakala skim konvensional disediakan AmGeneral Insurance Berhad.

12. Apakah yang dimaksudkan dengan liputan perlindungan (blanket coverage)?

Semasa membuat tuntutan, penuntut atau waris pemegang polisi mesti penuhi satu daripada tiga kriteria: kad pengenalan berkod Selangor atau beralamat di Selangor atau pengundi di Selangor.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan pemegang polisi induk?

Pemegang polisi induk ialah Wavpay Fintech Holding Sdn Bhd. Syarikat itu mengeluarkan sijil perlindungan untuk pemegang polisi. Jika hilang, pemegang polisi boleh salinan daripada syarikat ini.

14. Apakah prosedur membuat tuntutan INSAN?

Pemegang polisi perlu melengkapkan beberapa dokumen dan borang di laman sesawang www.programinsan.com/tuntutan

15. Apakah peranan Wavpay, AmGeneral Insurance Bhd dan Takaful Ikhlas General Bhd dalam INSAN?

Wavpay bukan penyedia insurans/takaful tetapi pengendali perkhidmatan yang bertanggungjawab mengakses polisi yang ditawarkan AmGeneral Insurance Bhd dan Takaful Ikhlas General Bhd.

16. Mengapakah Wavpay dipilih sebagai pengendali perkhidmatan?

Wavpay adalah syarikat e-dompet yang diluluskan Bank Negara Malaysia dan dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk mengalih sistem urusan dengan rakyat kepada nirtunai (cashless). Syarikat itu milik bersama Kerajaan Negeri.

17. Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri untuk INSAN?

INSAN antara program dalam Iltizam Selangor Penyayang. Sebanyak RM12 juta diperuntuk Kerajaan Selangor bagi INSAN konvensional, manakala RM9 juta untuk perlindungan skim takaful.

LAGI MAKLUMAT BERKAITAN

MBI jawab tohmahan, skim insurans percuma manfaat 6 juta rakyat

Insurans am Selangor mudahkan penduduk, banyak manfaat


Pengarang :