Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika ceramah Arus Merah Kuning di Dataran Sadiman Bukit Changgang, Sepang pada 7 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB jamin kedudukan Melayu terpelihara bawah teraju HARAPAN-BN

BANTING, 8 OGOS: Kedudukan orang Melayu di Selangor akan terus dipertahan jika Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) mendapat mandat dalam pilihan raya negeri (PRN).

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihak lawan sengaja menakutkan pengundi dengan memainkan sentimen DAP akan menguasai pentadbiran jika HARAPAN-BN kekal di Selangor.

“Sudah pasti dia (pembangkang) menyerang rakan kongsi kita DAP untuk menakutkan orang Melayu. Demi memastikan suara mereka (orang Melayu) didengari, mereka kena undi HARAPAN-BN.

“Kenapa? Sebab perpaduan ini akan kekal bertahan dengan lebih kukuh, minimum satu dua penggal. Kalau ia lebih kukuh (boleh) bertahan puluhan tahun,” katanya dalam ceramah malam tadi.

Amirudin yang juga pengerusi HARAPAN Selangor turut menegaskan pembangkang akan selamanya berada pada takuk lama jika berterusan menyentuh isu kaum, agama dan bangsa.

“Kamu (pembangkang) akan tetap jadi pembangkang dan suara itu tidak membantu nasib orang Melayu. HARAPAN-BN bersama untuk perkukuh agenda dan perjuangan demi kejayaan negeri dan bangsa,” katanya.


Pengarang :