Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama barisan EXCO selepas sidang media khas sempena mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pertama di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 23 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB pegang lima, umum portfolio 10 EXCO

SHAH ALAM, 23 OGOS: Dato’ Menteri Besar hari ini mengumumkan portfolio 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) termasuk dirinya untuk lima tahun akan datang.

Pengumuman portfolio barisan EXCO baharu itu diumumkan Dato’ Seri Amirudin Shari dalam sidang media khas selepas mempengerusikan MMKN pertama di bangunan pentadbiran negeri di sini.

Selain berperanan sebagai Menteri Besar, Amirudin Shari turut memegang lima portfolio antaranya pembangunan tanah dan sumber alam,  kewangan dan tindakan ekonomi,  pendidikan dan pembangunan modal insan.

Tiga ahli MMKN berpengalaman, Ng Sze Han dilantik sebagai EXCO Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti; Ir Izham Hashim (Infrastruktur dan Pertanian), manakala Borhan Aman Shah (Perumahan dan Kebudayaan).

Tujuh muka baharu, termasuk bekas Speaker Ng Suee Lim dilantik sebagai EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan; Datuk Rizam Ismail (Kemajuan Desa dan Perpaduan; dan Jamaliah Jamaluddin (Kesihatan Awam dan Alam Sekitar).

Berikut senarai penuh portfolio Amirudin dan 10 barisan EXCO:

 


Pengarang :