Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek (dua kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Saipolyazan M Yusop (kanan) melepaskan peserta Program konvoi merdeka perpaduan MBI di perkarangan Bangunan Darul Ehsan pada 18 ogos 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

MBI anjur Konvoi Merdeka Perpaduan, serah bantuan ke tiga sekolah

SHAH ALAM, 16 OGOS : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan ) atau MBI menganjurkan Konvoi Merdeka Perpaduan ke tiga sekolah sekitar Shah Alam untuk menghulurkan sumbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Norita Mohd Sidek berkata sebanyak RM30,000 disumbangkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2.

Menurutnya, masing-masing RM10,000 diberi kepada Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Seksyen 6 dan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Seksyen 11.

“Penyerahan bendera Malaysia dan sumbangan kepada sekolah ini juga merupakan inisiatif di bawah teras tanggungjawab sosial korporat MBI iaitu pembangunan komuniti.

“Kita berharap dengan sumbangan ini ia sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah membaik pulih infrastruktur sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar dan guru dalam menuntut ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika program pelepasan Konvoi Merdeka Perpaduan di Bangunan Darul Ehsan di sin,i hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek (dua kanan) dan Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Saipolyazan M Yusop (kanan) mengibarkan jalur gemilang ketika majlis melepaskan peserta Program konvoi merdeka perpaduan MBI di perkarangan Bangunan Darul Ehsan pada 18 ogos 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Norita menjelaskan konvoi yang julung kali diadakan itu bertujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga kerja MBI dan semua jabatan serta agensi di Bangunan Darul Ehsan.

“Konvoi ini merupakan salah satu usaha MBI untuk menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan dan sempena ulangtahun MBI ke-29 pada 21 September ini.

“Saya berharap konvoi Merdeka ini dapat diteruskan untuk tahun akan datang dan menjadi program tahunan MBI kerana penganjurannya amat bermakna terutama dalam bulan Ogos iaitu bulan Kemerdekaan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek dan Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Saipolyazan M Yusop bergambar kenangan bersama peserta Program konvoi merdeka perpaduan MBI di perkarangan Bangunan Darul Ehsan pada 18 ogos 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pengarang :