Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bergambar bersama penerima pada majlis penyerahan bantuan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI kepada mangsa bencana ribut di Morib dan sumbangan baik pulih jeti nelayan Kampung Kelanang di Dewan Orang Ramai Kampung Morib, Kuala Langat pada 1 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI salur RM124,700 bantu 152 keluarga terjejas ribut, baik pulih jeti nelayan

KUALA LANGAT, 1 OGOS : Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukan RM124,700 bagi membantu mangsa bencana ribut di Morib dan baik pulih jeti nelayan di sini.

Dato’ Menteri Besar berkata daripada jumlah itu sebanyak RM76,000 diserahkan kepada 152 keluarga terlibat dengan masing-masing menerima RM500.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari manakala bakinya RM48,700 diserahkan kepada wakil nelayan bagi membaik pulih jeti nelayan Kampung Kelanang, Morib.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika ditemui selepas majlis penyerahan bantuan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI kepada mangsa bencana ribut di Morib dan sumbangan baik pulih jeti nelayan Kampung Kelanang oleh di Dewan Orang Ramai Kampung Morib, Kuala Langat pada 1 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

“Peruntukan untuk bantuan ini memang sudah lama diluluskan dan hari ini kita menerusi MBI baharu berkesempatan turun ke sini untuk melunaskan pembayaran yang tertangguh.

“Jumlah bantuan mungkin tidak banyak tetapi kita harap ia dapat menampung serba sedikit kerugian dialami mangsa bencana pada 14 Jun lalu termasuk membaik pulih jeti nelayan,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kiri) menyaksikan Ketua Pegawai Operasi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI, Saipolyazan M Yusop menyampaikan bantuan baik pulih jeti nelayan kepada wakil nelayan Norhairi Mohd Yulah (kanan) pada majlis penyerahan bantuan MBI kepada mangsa bencana ribut di Morib dan sumbangan baik pulih jeti nelayan Kampung Kelanang di Dewan Orang Ramai Kampung Morib, Kuala Langat pada 1 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis serahan bantuan yang disampaikan Ketua Pegawai Operasi MBI Saipolyazan M Yusop di Dewan Orang Ramai Kampung Morib di sini hari ini.

Bencana ribut yang berlaku di Morib pada 14 Jun lalu mengakibatkan 152 kediaman terjejas di beberapa kawasan iaitu 62 rumah di Kampung Morib diikuti Kampung Tali Air (42), Kampung Kanchong Darat (24), Kampung Kelanang (15), Kamping Endah (lima), Kampung Kanchong Tengah (tiga) dan Kampung Sungai Lang Tengah (satu).

Sebelum ini, MBI membelanjakan RM330,000 setakat Julai bagi membantu mangsa bencana di negeri ini meliputi sumbangan kebakaran, bencana alam, ribut dan banjir.

Sebahagian mangsa bencana ribut di Morib beratur mendapatkan bantuan dari Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Dewan Orang Ramai Kampung Morib, Kuala Langat pada 1 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :