Petugas Pusat Kitar Semula Seksyen U5, Shah Alam mengajar pelajar sekolah tentang pengasingan sisa mengikut kategori pada Hari Terbuka Kitar Semula Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di pusat berkenaan pada 11 Oktober 2022. Foto Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam
PBTSELANGOR

MBSA anjur program tukar barang kitar semula, peluang dapat baucar beli-belah

SHAH ALAM, 15 OGOS: Orang ramai berpeluang menukar barangan kitar semula dengan baucar pasar raya 99 Speedmart di Surau Kariah, Lorong Universiti, Jalan Kebun,Seksyen 30 di sini, Sabtu ini.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan inisiatif itu sempena perasmian Pusat Kitar Semula Komuniti Kampung Tradisi MPP Zon 11 bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

“Nilai berat barang kitar semula dan nilai baucar adalah minyak masak terpakai 5kg (RM10), kertas campuran atau buku 10 kg (RM5) dan tin aluminium 1kg (RM5).

“Selain itu tin susu atau besi 5kg (RM5), plastik high density polyethylene (HDPE) dan polyethylene terephthalate (PET) 2kg (RM5) serta kotak minuman 20 unit (RM5),” katanya di Facebook.

Selain itu, di lokasi sama turut dianjurkan program kutipan kitar semula e-sisa melibatkan pembelian barangan elektrik dan elektronik.

“Barangan e-sisa iaitu sisa elektrik dan elektronik tersebut akan dibayar secara tunai,” katanya.


Pengarang :