Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBSJ di Bilik Mesyuarat Kenanga, Ibu Pejabat MBSJ, Subang Jaya pada 22 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ kenal pasti 19 lokasi panas denggi, gotong-royong hapus tempat biak aedes

SUBANG JAYA, 22 OGOS: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengesan 19 kawasan panas kes denggi pada minggu ke-32 (7 Ogos hingga 13 Ogos).

Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata semua kawasan itu membabitkan kawasan perumahan sahaja berbanding sebelum ini di taska.

“Sebanyak 19 kawasan panas dikenal pasti sepanjang tempoh tersebut. Sehingga tempoh itu, kes denggi mencatatkan peningkatan sebanyak 69 peratus iaitu  5,095 kes positif berbanding 3,006 tahun lalu.

“MBSJ bersama pejabat kesihatan daerah Petaling menjalankan kawalan dengan melaksanakan pemusnahan tempat pembiakan dan semburan kabus,” katanya pada Mesyuarat Penuh MBSJ Bil 8/2023 di sini hari ini.

Beliau menjelaskan MBSJ akan melibatkan penduduk dan ahli majlis untuk melaksana program gotong-royong.

“Selain itu, kempen dan ceramah akan dilakukan jabatan kesihatan daerah untuk memberi penerangan serta kesedaran kepentingan penjagaan daripada menjadi tempat pembiakan.

“Jika mana-mana penduduk yang gagal memastikan kawasan bersih dan tiada pembiakan nyamuk aedes bertakung, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM500,” katanya.

Berikut ialah kawasan panas kes denggi di Subang Jaya:

  • Taman Puchong Permai (APT Permata 1)
  • Taman Puchong Permai (Flat Blok F)
  • Taman Serdang Jaya
  • Putra Height 8 (Jalan Putra Bahagia 8/2)
  • USJ 6/4
  • Taman Kinrara Jalan TK5 (Teres Taman Mawar)
  • Putra Height 9 (Jalan Putra Indah 9/11-9/23)
  • USJ 1(Angsana APPT)
  • Taman Pinggiran USJ (Sri Kayan)
  • Putra Height 9 (Jalan Putra Indah-Sri Mutiara APPT)
  • Taman Puchong Intan 3
  • USJ 11/4
  • Batu 13 Kampung Sri Aman  (Lorong Bestari)
  • Taman Pinggiran Putra (Vista Pinggiran)
  • Taman Puncak Jalil 7B(PUJ 7/9-7/19)
  • Taman Kinrara (Jalan TK 4)
  • Taman Puchong Intan 1
  • SS19(Subang Park House Resort)
  • Taman Kinrara Jalan TK3(Vista Lavender
Datuk Bandar Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBSJ di Bilik Mesyuarat Kenanga, Ibu Pejabat MBSJ, Subang Jaya pada 22 Ogos 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :