Pustaka Raja Tun Uda di Seksyen 13, Shah Alam. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Melukis, baca berita aktiviti Pustaka Raja Tun Uda cuti sekolah ini

SHAH ALAM, 24 OGOS: Membaca berita, melukis karikatur, kelas masakan antara aktiviti menarik yang dianjurkan Pustaka Raja Tun Uda sempena cuti sekolah mulai 26 Ogos hingga 3 September ini.

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan pelbagai aktiviti itu disediakan percuma untuk pelajar.

“Semua aktiviti ini ditawarkan secara percuma. Hanya beberapa permainan sahaja memerlukan bayaran serendah RM3 seperti tayangan teater, kelas masakan dan kelas kraftangan.

“Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka boleh layari laman sesawang PPAS untuk melihat jadual aktiviti setiap hari,” maklum PPAS menerusi Facebook.

Pelajar berusia sembilan tahun ke atas berpeluang menyertai kelas melukis karikatur berwarna bersama kartunis Imuda dengan bayaran hanya RM30.

Untuk maklumat lanjut berhubung program sepanjang cuti sekolah itu orang ramai boleh hubungi talian Pustaka Raja Tun Uda 03-5519 7667.


Pengarang :