Dr Ani Ahmad menyertai larian kemerdekaan anjuran Masjid Bukit Indah pada 31 Ogos 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ, penduduk sertai larian sempena Hari Kemerdekaan

SHAH ALAM, 31 OGOS: Seramai 150 individu menyertai ‘Fun Run Merdeka’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 hari ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata program anjuran Masjid Bukit Indah itu diharap dapat menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara dalam kalangan masyarakat.

“Program ini merupakan anjuran Masjid Bukit Indah dan turut disertai ahli majlis, pegawai dan kakitangan MPAJ yang meraikan program kemerdekaan ini.

“Tahniah kepada Masjid Bukit Indah atas penganjuran program kemerdekaan,” kata Dr. Ani Ahmad dihubungi Selangorkini.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini mengangkat tema “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

 


Pengarang :