Foto Facebook MPKj
PBTSELANGOR

MPKj anjur pertandingan foto, tawar hadiah RM1,000

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menganjurkan pertandingan ‘Photo Challenge’ 2023 dengan menawarkan hadiah utama wang tunai RM1,000.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata pertandingan bertemakan “Photo Essei Makanan” diadakan pada Sabtu ini bermula pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Stadium Kajang.

“Gambar yang dipertandingkan hendaklah diambil di kawasan pentadbiran MPKj serta dihantar terus kepada pihak urus setia sebelum jam 12.30 tengah hari di Booth MPKj Photo Challenge 2023 @ Karnival Sate dan Kopi Secocok Bersama.

“Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar foto esei minima sekurang kurangnya tiga dan maksima tujuh keping gambar beserta keterangan gambar dan tidak lebih 250 patah perkataan,” katanya di Facebook.

MPKj berkata tempat pertama akan memenangi wang tunai RM1,000, kedua (RM700), ketiga (RM400), keempat (RM200) dan hadiah tempat kelima RM100.

Pertandingan hanya terbuka buat warganegara Malaysia dan tiada yuran penyertaan akan dikenakan.

Mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui pautan google form https://docs.google.com/…/1FAIpQLSc9VhD1ywd…/viewform.


Pengarang :