PBTSELANGOR

MPSepang anjur Perayaan Orang Asal di Kampung Orang Asli Kelinsing 

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 24 OGOS: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan menganjurkan program Perayaan Orang Asal di Kampung Orang Asli Kelinsing, Sepang pada Sabtu ini, bermula jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Program sempena sambutan Perayaan Orang Asal Sedunia turut menyediakan pertandingan menyumpit, sukaneka, persembahan kebudayaan, demonstrasi kesenian dan pameran.

Turut diadakan ialah gotong-royong memasak oleh penduduk kampung. Program dianjur dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan melibatkan kaum Orang Asli Temuan.

Pada 23 Disember 1994, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memutuskan bahawa Perayaan Orang Asal disambut pada 9 Ogos setiap tahun di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran dan melindungi hak Orang Asli selain mengiktiraf pencapaian dan sumbangan mereka.

Sebarang pertanyaan boleh menghububungi MPSepang di nombor 03-8319 0200/0300.


Pengarang :