Anggota Skuad Pasukan Tindak Segera (Pantas) Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menguji tahap kualiti air sungai di tapak lapangan berdasarkan kiriman Facebook LUAS pada 22 April 2023
AGENSISELANGOR

Padah lepas bahan pencemar tanpa lesen, dua premis dikompaun RM25,000

SHAH ALAM, 30 OGOS: Pemilik dua premis masing-masing di Bangsar, Kuala Lumpur dan Kampung Jawa, Klang berdepan kompaun maksimum sehingga RM25,000 atas kesalahan melepaskan bahan pencemar tanpa lesen.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan notis kompaun kesalahan mengikut Seksyen 59 (1) (b) Enakmen Luas 1999 diserahkan di kedua-dua premis terbabit kelmarin.

“Premis terbabit dikesan menjalankan kerja tanah atau pembangunan kilang tanpa lesen kemasukan atau pelepasan bahan pencemar daripada LUAS.

“Siasatan mendapati memang terdapat aktiviti pelepasan bahan berkaitan dan melanggar peraturan. Maka kita datang ke pejabat pemilik untuk serahan kompaun,” katanya.

Agensi itu turut mengingatkan semua pemilik premis supaya mendapatkan lesen sah sebelum melaksakan aktiviti berkaitan bagi mengelak dikenakan tindakan.

“LUAS tidak akan berkompromi dengan pemilik aktiviti yang boleh memberi risiko dan impak ke atas sumber air,” tegasnya.


Pengarang :