TANJONG KARANG, 7 OGOS: Kemudahan sukan dan riadah bakal dipertingkat bagi memenuhi keperluan golongan muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.
Calonnya Mohd Yahya Mat Sahri berkata inisiatif itu termasuklah membangun dan menaik taraf dewan, padang dan gelanggang bagi memupuk gaya hidup sihat dengan bersukan.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/08/0cf1d2ea-8030-46cf-adc1-566dadd1bcf3-500x348.jpg.webp)
“Utara Selangor termasuk DUN Permatang melahirkan ramai bintang sukan seperti Amri Yahyah yang berasal Kampung Parit Serong dan Safiq Rahim di Ijok, Kuala Selangor.
“Adanya fasiliti sukan yang cukup mampu melahirkan bintang baru,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di sini hari ini.
Mohd Yahya yang mesra disapa Pak Ya menambah, satu kajian pembangunan bagi mengenal pasti keperluan berkenaan akan dijalankan sebelum dikemukan kepada pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri.
![](https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2023/08/5-500x350.jpg.webp)
Selain usaha memperkasa kemudahan sukan, Mohd Yahya sebelum ini turut berhasrat merancakkan ekonomi penduduk dengan mewujudkan program satu kampung, satu produk usahawan.