Pasangan beregu badminton lelaki negara Wong Tien Ci-Liew Xun merangkul gangsa keempat di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China pada 6 Ogos 2023. Foto Ihsan Sukan IPT
AGENDASUKANKINI

Pasangan beregu negara tambah koleksi gangsa di Universiade

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Kontinjen Malaysia merangkul gangsa keempat di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) Chengdu, China, menerusi beregu badminton lelaki negara, Wong Tien Ci-Liew Xun, hari ini.

Tien Ci-Liew terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas tewas di tangan pasangan tuan rumah, Ren Xiangyu-Tan Qiang, 13-21, 21-19, 14-21, pada saingan separuh akhir berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Shuangliu.

Menanti Xiangyu-Qiang dalam aksi final adalah rakan senegara, Zhou Hao Dong-He Ji Ting atau Po-Li Wei-Lee Fang-Chih dari Taiwan yang akan berentap dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Selain empat gangsa, Malaysia setakat ini mengumpul satu emas, satu perak sekali gus berada di tempat ke-25 dalam carta pungutan pingat keseluruhan Universiade Chengdu.

Temasya sukan yang dibuka secara rasmi sejak 28 Julai lalu berakhir Selasa ini.

– BERNAMA


Pengarang :