Pengguna mengambil bekalan air pili awam yang disediakan Air Selangor (gambar hiasan). Foto Facebook Air Selangor.
AGENDANASIONAL

Pemulihan bekalan air di enam kawasan terjejas hampir 55 peratus

SHAH ALAM, 13 OGOS: Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas mencapai 54.7 peratus bagi kumpulan satu manakala 15.2 peratus kumpulan dua setakat 3 petang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan tempoh pemulihan adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Air Selangor terus menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya di Facebook.

Pengguna boleh mendapatkan senarai kawasan terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ atau aplikasi Air Selangor.

Semalam, operasi LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 terjejas berikutan kekeruhan air mentah yang tinggi akibat aliran kepala air.

Susulan itu, pengguna di enam wilayah iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Gombak, Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air bersih.

Senarai kawasan yang masih belum pulih boleh disemak di lampiran berikut:


Pengarang :