Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (dua, kanan) beramah mesra dengan penerima geran sambil ditemani calon Barisan Nasional DUN Dengkil, Noorazli Said (kanan) pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Individu Taman Putra Perdana (Plot J) di Dewan Komuniti Putra Perdana pada 1 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Penantian 15 tahun pemilik rumah berakhir hasil campur tangan Kerajaan Negeri

SEPANG, 1 OGOS: Pemilik kediaman di Taman Putra Perdana kini boleh menarik nafas lega apabila menerima hak milik hartanah mereka selepas 15 tahun menanti.

Zulaili Jusoh, 45, berkata beliau bersyukur akhirnya rumah yang dibeli bersama suami Fazlee Salleh sah menjadi milik mereka.

Zulaili Jusoh, 45, ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Individu Taman Putra Perdana (Plot J) di Dewan Komuniti Putra Perdana pada 1 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Urusan hak milik ini jika Kerajaan Negeri tidak campur tangan saya rasa sampai bila-bila pun tidak selesai sebab ia perlukan kos tinggi.

“Sangat gembira hari ini sekurang-kurangnya saya tahu rumah ini nanti boleh diwariskan kepada anak-anak kerana ia dah jadi milik kami yang sah,” katanya.

Zulaili antara 601 pemilik kediaman di Taman Putra Perdana (Plot J) di sini yang menerima hak milik individu hartanah masing-masing dalam majlis yang disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di sini, hari ini.

Mereka adalah sebahagian daripada kira-kira 9,000 pemilik yang menunggu mendapatkan hak milik individu yang tertangguh sejak kira-kira 15 tahun dahulu.

Pesara tentera, Johari Mohamed Hussin, 39, berkata sebelum menerima hak milik itu mereka seperti tiada hala tuju untuk memperjuangkan pemilikan hartanah yang dibeli sejak 2015.

“Sebelum ini seolah-olah di awang-awangan, sebab nak uruskan hal ini bukan suatu yang mudah melibatkan urusan tanah dan terlalu banyak peringkat.

Johari Mohamed Hussin, 39, ditemui pada Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Individu Taman Putra Perdana (Plot J) di Dewan Komuniti Putra Perdana pada 1 Ogos 2023. Foto AFENDI MOHAMED/SELANGORKINI

“Tapi bila sudah ada campur tangan Kerajaan Negeri jalan penyelesaian itu semakin cerah dan akhirnya apa yang kami doakan termakbul. Terima kasih Kerajaan Negeri dan mereka yang terlibat,” katanya.

Sebelum ini Amirudin berkata isu hak milik tanah di kawasan itu muncul sebelum 2008 dan Kerajaan Negeri berusaha mencari penyelesaian tuntas kepada masalah itu.


Pengarang :