AGENDASUKANKINI

Persediaan SUKMA 2024, pasukan hoki Selangor cari bakat baharu

SHAH ALAM, 21 OGOS: Pasukan Hoki Lelaki dan Wanita Selangor mencari bakat baharu untuk mewakili negeri di kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak pada tahun depan.

Persatuan sukan itu memaklumkan pencarian melibatkan dua kategori iaitu lelaki dan wanita yang berumur 16 hingga 20 tahun dengan keutaaman diberikan kepada pemain kelahiran Selangor.

“SUKMA 2024 akan berlangsung di Sarawak. Persatuan Hoki Selangor bersama Majlis Sukan Negeri Selangor sedang mencari bakat-bakat baru (lelaki dan wanita) bawah 20 tahun untuk menjalani sesi pemilihan.

“Ayuh adik-adik yang berminat, jangan lepaskan peluang untuk bersaing dan merebut tempat mewakili Negeri Selangor dalam temasya SUKMA 2024 nanti,” katanya di Facebook.

Mereka yang berminat boleh mengisi maklumat diri lengkap di borang permohonan pada pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSczU3JPMxGPR727pZMkUUfAEaW76weu_xxuxpkyRcMWaITF3w/viewform?usp=sf_link sebelum 31 Ogos.


Pengarang :