AGENDANASIONAL

Pertandingan TikTok Tourism Selangor tawar hadiah pakej perlancongan nilai RM5,000

SHAH ALAM, 27 OGOS: Tourism Selangor menawarkan hadiah baucar pelancongan bernilai RM5,000 dalam pertandingan TikTok sempena Pameran Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta).

Agensi itu memaklumkan, pertandingan bertema ‘Selangor Sebagai Tumpuan Destinasi Malaysia’ (Selangor as Malaysia’s Featured Destination) itu bermula 1 hingga 3 September ini.

“Tourism Selangor kembali lagi di Pameran MATTA pada September 2023, dengan menampilkan ‘Selangor as Malaysia’s Featured Destination!’

“Jom sertai Pertandingan TikTok Pameran MATTA di Pavilion Selangor dan anda berpeluang membawa pulang hadiah baucar pelancongan bernilai sehingga RM 5,000, tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya di Facebook.

Pameran Matta yang bakal berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) itu dijangka menarik kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung.

Cara penyertaan adalah:

1. Melawat dan merakam video anda di Pavilion Selangor yang terletak di aras satu, MITEC.
2. Gunakan lagu Pusing Selangor Dulu!
3. Sertakan ‘Selangor as Malaysia’s Featured Destination’ di bahagian keterangan gambar
4. Hasilkan video TikTok berdurasi 30 hingga 60 saat mengikut kreativiti sendiri
5. Muat naik video dengan tetapan awam, bersama tanda pagar #PusingSelangorDulu #TourismSelangor #MattaFairPavilionSelangor


Pengarang :