Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) bersama barisan EXCO ketika sidang media khas sempena mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pertama di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 23 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pimpinan negeri mulakan tugas, laksana lima perkara utama dalam 100 hari

SHAH ALAM, 23 OGOS: Pimpinan negeri segera memulakan tugas bagi melaksana lima perkara utama dalam tempoh 100 hari pentadbiran, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri turut bertekad menjadikan Selangor sebagai negeri paling berjaya di rantau ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika sidang media khas sempena mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang pertama di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam pada 23 Ogos 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Saya mengesyorkan seluruh rakyat Selangor, saya tahu anda menginginkan ekonomi yang lebih adil dan bermaruah agar kualiti hidup dapat terus diperbaiki dan ditingkatkan,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan berpegang kepada manifesto 5 Tekad Untuk 5 Tahun, termasuk idea baharu bagi memenuhi keperluan penduduk dan negeri.

Terdahulu, Amirudin mengumumkan portfolio 11 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri termasuk dirinya bagi penggal ke-15, di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini.

Berikut lima perkara utama yang akan dilaksana dalam tempoh 100 hari:

  • menghargai wanita bekerja dengan pemberian RM1,000 kepada 5,000 wanita bagi mengurangkan kos penjagaan anak-anak
  • melaksanakan pengecualian cukai pintu utk rumah kampung, rumah kos rendah
  • mahasiswa Selangor akan terima baucar buku Kita Selangor RM200
  • menaikkan elaun imam, bilal, siak dan nazir masjid
  • 500 petani, pesawah dan nelayan akan terima Insentif Pertanian dan Perikanan Kita Selangor RM1,000

Pengarang :