Penyanyi Liza Hanim menunjukkan produk minyak wangi keluaran syarikatnya ketika Ekspo Usahawan Selangor (Selbiz) 2022 anjuran PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) , Shah Alam pada 3 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

PKNS anjur ekspo usahawan tiga hari mulai 6 Oktober, sasar 10,000 pengunjung

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 14 OGOS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan kehadiran 10,000 pengunjung sepanjang tiga hari Ekspo Usahawan Selangor 2023 (SELBIZ 2023) bermula 6 Oktober.

Perbadanan itu memaklumkan ekspo yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam berujuan membantu usahawan memperkenal dan mengembangkan produk jualan.

“Lebih 200 reruai disediakan untuk para usahawan yang berminat menjadi pempamer dan yuran RM2,000 dikenakan kepada ahli PKNS Bizclub dan RM2,500 (bukan ahli).

“Pendaftaran telah dibuka dan maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.selbiz.my,” katanya melalui Facebook.

SELBIZ edisi pertama yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 3 dan 4 September tahun lalu berjaya menarik penyertaan 149 pempamer serta 5,000 pengunjung.


Pengarang :