Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi barisan tertinggi Kerajaan Perpaduan berucap pada Sesi Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

PRN: PM ucap terima kasih, hargai sokongan diberikan pengundi

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya dalam hantaran itu.

Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi HARAPAN dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.

Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

– BERNAMA


Pengarang :