Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) berpelukan bersama penyokong Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Negeri Selangor ke 15 di Hotel Wyndham, Klang pada 12 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

RASMI: Amirudin kekal kerusi Sungai Tua

SHAH ALAM, 12 OGOS: Dato’ Seri Amirudin Shari mempertahan kerusi (DUN) Sungai Tua dengan jumlah undi sebanyak 19,678.

Menurut laman sesawang Suruhjaya Pilihan Raya (SPR), Amirudin meraih majoriti 5,185 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Hanif Jamaluddin dan Suman Gopal dari Bebas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Amirudin menang kerusi itu dengan majoriti 11,374 mengalahkan calon Barisan Nasional N Rawisandran, Mohamad Ibrahim (Pas) dan Badrul Hisam Md Zin (Bebas).

Amirudin berjaya mempertahankan kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut sejak PRU12.

Menurut SPR, setakat jam 10.50 malam ini Pakatan Harapan-Barisan Nasional mendahului 23 kerusi manakala PN 12.


Pengarang :