PBTSELANGOR

Sayembara puisi merdeka, hadiah wang tunai RM2,800 menanti pemenang

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempelawa orang ramai menyertai sayembara puisi kemerdekaan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM2,800.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya Mohd Azhar Mohd Sharif berkata pertandingan terbahagi kepada dua kategori iaitu dewasa (18 tahun ke atas) dan remaja (17 tahun ke bawah).

“Penyertaan boleh dihantar hingga 18 Ogos ini di portal www.mbsa.gov.my dan lapan peserta untuk setiap kategori akan dipilih ke peringkat akhir pada 26 Ogos ini di Laman Seni 7, Shah Alam,” katanya.

Menurut Mohd Azhar bagi kategori dewasa, johan akan menerima RM500, RM300 (kedua), RM200 (ketiga) dan lima pemenang saguhati (RM100).

Ujarnya, bagi kategori remaja pula johan akan menerima RM400, RM250 (kedua), RM150 (ketiga) dan lima hadiah saguhati (RM100).

“MBSA turut mengadakan pertandingan pakaian klasik kemerdekaan pada 26 Ogos yang menawarkan hadiah wang tunai RM300 untuk johan, RM200 (kedua) dan RM100 (ketiga).

“Sebarang pertanyaan untuk kedua-dua pertandingan boleh menghubungi Ahmad Ridhwan di talian 013-6450795 dan Amir Syafiq (012-9151567),” tambahnya.


Pengarang :