Pemain Selangor FC meraikan gol dalam aksi menentang KL City di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 8 Ogos 2023. Foto Facebook Selangor FC
AGENDASUKANKINI

Selangor atasi KL City 2-0, kukuh kedudukan tangga kedua Liga Super

SHAH ALAM, 8 OGOS: Selangor FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi.

Gergasi Merah yang dalam misi mengukuhkan kedudukan mereka di tangga kedua Liga Super berjaya mendahului menerusi jaringan Harith Haiqal Adam Afkar pada minit ke-32.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe menambah gol kedua menerusi Ayron Del Valle pada minit ke-76.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor mengumpul 43 mata selepas mengharungi 20 perlawanan, 11 mata di belakang pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi kurang dua perlawanan.

KL City pula jatuh ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 28 mata selepas beraksi 19 perlawanan.


Pengarang :