TANJONG KARANG, 12 OGOS: Calon Permatang mengingatkan rakyat Selangor tidak membawa negeri termaju ini mengundur ke belakang dengan memilih Perikatan Nasional.
Mohd Yahya Bin Mat Sahri atau mesra dipanggil Pakya berkata di bawah pimpinan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Selangor berjaya menjadi negeri berprestasi tinggi.
“Selangor ini negeri berprestasi tinggi dari segi ekonominya paling pesat, masyarakatnya, kemudahannya, sukannya dan lain-lain.
“Begitu juga banyak inisiatif untuk rakyat yang tak ada di negeri lain,” katanya dalam ucapan pada program Grand Finale Permatang di Kampung Sungai Terap malam tadi.
Katanya, Kelantan, Terengganu dan Kedah bukanlah negeri yang boleh dijadikan model berikutan tidak mampu memberi faedah maksimum kepada rakyatnya.