AGENSISELANGOR

Sempena merdeka, perpustakaan awam Klang anjur pertandingan pakaian beragam kanak-kanak

SHAH ALAM, 26 OGOS: Perpustakaan Awam Selangor daerah Klang menganjurkan pertandingan pakaian beragam dalam talian sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Agensi itu memaklumkan tempoh penyertaan bermula hari ini hingga 16 September terbuka kepada kanak-kanak prasekolah hingga tahun tiga.

“Tema pakaian haruslah melambangkan kemerdekaan dan mematuhi syarat ditetapkan.

“Hadiah pemenang tempat pertama hingga ketiga berupa hamper masing-masing bernilai RM60, RM40 dan RM30 selain hadiah saguhati bagi tempat keempat hingga kesepuluh,” katanya di Facebook.

Menurut agensi itu, peserta hendaklah menyertakan sekeping gambar format JPEG, nama dan nombor telefon di ruang ‘inbox’ Perpustakaan Awam Selangor daerah Klang.

Untuk maklumat lanjut hubungi atau whatsapp 03-33719429 atau lawati laman Facebook Perpustakaan Awam Selangor daerah Klang.


Pengarang :