Pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) sedang membuat latihan terapi kecantikan ketika majlis Perasmian Program Khidmat Komuniti Servis Minyak Enjin P-Hailing dan Wanita Selangor Sihat dan Anggun di STDC, Kuala Selangor pada 14 Jun 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Sertai bengkel kesihatan dalaman wanita 10 September ini

Oleh JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 17 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan menganjurkan Bengkel W.O.W (Wanita Oh Wanita) pada 10 September depan di Kolej Komuniti Selayang bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Program secara percuma itu terhad kepada 20 wanita berusia 30 tahun ke atas yang menetap di Petaling Jaya dan mereka perlu mendaftar di pautan https://forms.gle/sZm67uhJtSNvKW9j7 sebelum 1 September.

Bengkel menyediakan pelbagai aktiviti antaranya perkongsian teknik terapi, senaman dan regangan serta amalan awet muda.

Selain itu, kupasan topik pemakanan diet sihat, rawatan bertangas untuk ibu berpantang serta persediaan sebelum dan selepas menopaus.

Sijil penyertaan disediakan untuk semua peserta.


Pengarang :