Pemain Selangor FC Herlison Caion De Souza Ferreira meraikan jaringan bersama rakan sepasukannya pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ pada 17 November 2022 yang menyaksikan Selangor FC menang 3-1. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Sumbangan negeri bantu kejayaan Selangor FC, pembangunan akar umbi

SHAH ALAM, 9 OGOS: Sumbangan besar pentadbiran negeri untuk kemajuan Selangor FC membolehkan pasukan itu meraih pelbagai kejuaraan dan melahirkan pemain hebat.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata pencapaian itu turut disokong usaha Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika menjadi EXCO sukan dan pengurus Gergasi Merah.

Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe turut memiliki beberapa kemudahan lengkap termasuk pusat latihan menerusi pelbagai bantuan yang disalurkan.

“Bukan hanya wang tunai tetapi juga sokongan moral. Lepas jadi menteri besar, Dato’ Seri Amirudin Shari masih cakna dengan Selangor FC, malah berjumpa dua tiga kali setahun mendengar dan bertukar cadangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon ketika
ditemu bual Media Selangor di Pusat Latihan Selangor FC, Shah Alam pada 9 Ogos 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Pencapaian terbesar beliau antaranya membawa Selangor menjulang Piala Malaysia pada 2015, selain menubuhkan Akademi Bola Sepak Merah Kuning bagi mencungkil bakat pemain,” katanya.

Jelasnya, pengurusan yang teliti dan menitikberatkan kebajikan pemain menyebabkan pasukan itu tidak pernah berdepan isu besar seperti tunggakan gaji.

Dalam pada itu, Johan yakin inisiatif yang terkandung dalam Tawaran Kita Selangor untuk lima tahun bakal menyerlahkan lagi nama Selangor FC ke peringkat lebih tinggi.

“Bukan baharu kita terima bantuan, sudah lama. Pasukan menjadi keutamaan apabila Stadium Shah Alam yang sinonim dengan bola sepak dibangunkan semula. Ini satu penghargaan,” katanya.

Pada 31 Julai, Amirudin yang juga pengerusi pengerusi HARAPAN Selangor melancarkan tawaran itu merangkumi banyak sektor penting bagi meneruskan kemajuan sedia ada.

Sebahagian kandungan yang terdiri daripada lima teras telahpun dimulakan pentadbiran Dato’ Menteri Besar itu manakala ada program termuat dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

 


Pengarang :