Orang ramai hadir melihat peluang kerjaya semasa Jelajah Selangor Bekerja 2021 di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 23 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Tawaran lima tahun untuk rakyat berasas prestasi semasa

Manifesto Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad untuk Lima Tahun bukan janji kosong seperti impian pembangkang. Tawaran ini hasil kerja yang sudah terbukti.

Tekad pembangunan Selangor ini yang dijanjikan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) didasarkan pada tapak prestasi seperti Laporan Pencapaian & Prestasi Kerajaan Negeri Selangor.

Dibahagikan kepada sembilan kumpulan sasar, lima tema tawaran berkenaan dibandingkan dengan sebahagian besar pencapaian Kerajaan Selangor antara 2018 hingga 2023.

Tawaran berkenaan sememangnya menepati kehendak dan keperluan semasa rakyat.

Berbeza dengan janji pembangkang yang belum pasti dapat ditunaikan. Malah, manifesto mereka hasil tiruan atau ubah suai program Kerajaan Negeri, seolah-olah membayangkan pembangkang sudah bersetuju dengan landasan ekonomi HARAPAN-BN.

Lebih 50 tawaran ini dengan mudah mendatangkan kemakmuran untuk seluruh rakyat selagi kestabilan dan perpaduan dikekalkan di Selangor.

Berikut ringkasan manifesto HARAPAN-BN yang dibandingkan mengikut golongan sasaran:

PEMBERDAYAAN KUMPULAN PENDAPATAN RENDAH

TAWARAN KITA SELANGOR

– tambah 46 inisiatif Iltizam Selangor Penyayang kepada 60 inisiatif
– tingkatkan bayaran khairat kematian kepada RM1,000
– insentif RM1,000 untuk petani dan pesawah

UMAT ISLAM

TAWARAN KITA SELANGOR

– subsidi kos tunai haji RM2,000 kepada 3,000 jemaah muassasah kali pertama ke tanah suci
– elaun penggerak masjid naik berperingkat iaitu imam (RM1,600), bilal (RM700), siak (500) dan nazir (RM500)
– perkenal Biasiswa Al-Ghazali untuk pelajar tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat
– perluas pengajian kitab turath ke setiap daerah di Selangor
– permudah daftar sekolah menengah agama Islam
– wujudkan peruntukan khas untuk tingkat infrastruktur sekolah agama dan Kafa
– wujudkan sekretariat khas bantu usahawan daftar sijil halal
– dana tambahan RM3 juta untuk dana guaman syariah bantu wanita

ANAK MUDA

TAWARAN KITA SELANGOR

– tawar 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada anak muda Selangor menerusi pelaburan tempatan dan luar negara
– peluang latihan industri dengan bayaran RM1,500 untuk 2,000 anak muda Selangor
– tawar latihan TVET kepada 10,000 anak muda dengan kerjasama syarikat berteknologi tinggi
– perluas program Inisiatif Roda Darul Ehsan kepada pemandu e-panggilan
– peruntuk RM5 juta untuk Geran Digital Kita Selangor yang mensasarkan 10,000 Duta Kreatif Kita Selangor dalam kalangan anak muda
– perkasa akademi lahirkan bakat untuk juarai Piala Malaysia, SUKMA dan Liga Super pada 2025 dan Piala AFC pada 2027
– perkenal liga e-sukan dan pusat e-sukan di seluruh daerah

MAHASISWA DAN PELAJAR

TAWARAN KITA SELANGOR

– bantuan Mahasiswa Kita Selangor RM1,500 kepada setiap mahasiswa
– baucar Buku Kita Selangor RM200 untuk mahasiswa anak negeri
– sasar 200,000 pelajar terima tuisyen percuma melalui Program Tuisyen Rakyat Selangor
– tawar kelas percuma untuk pelajari bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jepun dan Korea
– perkenal Biasiswa Al-Ghazali untuk pelajar tahfiz, pondok dan sekolah agama rakyat
– perluas pengajian kitab turath ke setiap daerah di Selangor
– permudah daftar sekolah menengah agama Islam
– wujudkan peruntukan khas untuk tingkat infrastruktur sekolah agama dan Kafa


PENERIMA MANFAAT KESIHATAN

TAWARAN KITA SELANGOR

– khidmat Ambulans Selangor Penyayang percuma di setiap pihak berkuasa tempatan
– perluas pemeriksaan percuma Selangor Saring dan program kesihatan mental menerusi aplikasi SeLangkah


WANITA & KANAK-KANAK

TAWARAN KITA SELANGOR

– insentif RM1,000 setahun kepada wanita bekerja kurangkan kos asuh anak
– daftar dan latihan pengasuh serta sediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak di pejabat kerajaan
– sedia insentif untuk wujudkan kemudahan penjagaan kanak-kanak di tempat kerja swasta
– dana tambahan RM3 juta untuk dana guaman syariah bantu wanita

USAHAWAN

TAWARAN KITA SELANGOR

– wujudkan sekretariat khas bantu usahawan daftar sijil halal
– bantu peniaga beralih ke sistem digital

MENCARI KEDIAMAN SELESA

TAWARAN KITA SELANGOR

– tawar 200,000 unit rumah lengkap tiga bilik dan dua bilik air berharga RM250,000 ke bawah
– sedia 10,000 unit rumah penjawat awam
– pilihan tukar cukai petak dan utiliti air kadar komersial kepada kediaman untuk rumah pertama
– ambil alih pengurusan satu pangsapuri kos rendah setiap daerah untuk tingkat kualiti dan baiki kemudahan awam
– teknologi automasi untuk kutipan sampah
– tawar sistem pengasingan sisa di kawasan perumahan
– bina pusat rekreasi di setiap Dewan Undangan Negeri
– tingkatkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi awam
– tingkatkan daya tahan taman awam sebagai dwifungsi bagi mengurangkan banjir kilat
– wujudkan tiga perbandaran baharu di Sepang, Sabak Bernam dan sepanjang jajaran Sungai Klang

EKONOMI, PENGGUNA PENGANGKUTAN DAN PENGHUNI BANDAR

TAWARAN KITA SELANGOR

– pusat sehenti khas setiap PBT atasi isu kritikal dalam 24 jam
– Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang jadi model pentadbiran Lembah Klang Raya (Greater Klang Valley)
– perluas khidmat bas mini dan van ke seluruh daerah
– hubung jajaran rel di KLIA ke Tanjong Sepat dan Sungai Pelek
– perkhidmatan rel di Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam
– tubuh pelabuhan ketiga di Pulau Carey, Pelabuhan Klang
– kurangkan kesesakan trafik menggunakan sistem pengurusan diamalkan Korea Selatan dan Singapura
– peruntuk RM100 juta tingkat mutu jalan di luar bandar
– wujudkan 5,000 pusat pengecasan berkuasa tinggi di kawasan awam untuk kereta elektrik
– lengkapkan panel solar di bangunan kerajaan dan PBT
– wujudkan taman perindustrian mampan untuk jadi negeri neutral-karbon
– urusan kerajaan menggunakan sistem digital sepenuhnya
– bangunkan pertanian moden, aeroangkasa, rel dan bas elektrik, perkhidmatan 5G, robotik, automasi, kecerdasan buatan, tenang boleh diperbaharu serta e-sukan
– lengkapkan keterhubungan 5G, jadi negeri tercekap di Asia Tenggara


Pengarang :