Pasaraya Mydin meletakkan notis pemberitahuan bayaran menggunakan aplikasi Bingkas di hadapan kaunter ketika tinjauan Media Selangor di Mydin Mart, Selayang pada 15 Ogos 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
PENDAPATRENCANA

TINJAUAN: Prestasi asas tawaran terbukti berjaya

SHAH ALAM, 9 OGOS: Manifesto Tawaran Kita Selangor: Lima Tahun bukan janji kosong seperti impian pembangkang.

Tekad pembangunan Selangor ini yang dijanjikan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan Barisan Nasional (BN) didasarkan pada tapak prestasi seperti Laporan Pencapaian & Prestasi Kerajaan Negeri Selangor.

Berikut pandangan orang ramai mengenai beberapa inisiatif disediakan Kerajaan Negeri:

KDNK

Tidak dinafikan pembangunan ekonomi yang semakin memberangsangkan ini didorong pentadbiran yang baik malah keuntungan daripada hasil negeri diberikan semula untuk kesejahteraan rakyat.

Hary Abu

Kemajuan ekonomi Selangor juga dapat dinikmati rakyat dan ini dibuktikan melalui pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan.

Hary Abu, 51, bekerja sendiri

Sebagai rakyat Selangor saya pastinya berbangga melihat pencapaian ekonomi negeri dan menjadi penyumbang terbesar KDNK negara.

Pentadbiran cekap dan meyakinkan mendorong lebih banyak pelaburan di negeri ini sekali gus memberi dampak positif kepada ekonomi di Selangor.

Mohd Azman Ismail, 51, mutawif

BINGKAS

Pada awalnya saya tidak tahu program ini. Bila dengar Kerajaan Negeri buat BINGKAS, memang saya sambut baik dan sokong sepenuhnya.

Apa yang dia (Kerajaan Negeri) buat untuk kebaikan rakyat sebab sekarang pun harga barang semua naik dan membebankan keluarga susah. Saya percaya Bingkas sangat bermakna untuk kami di Selangor.

M Krishnama, 58, pembantu kedai

Bersyukur dapat bantuan ini kerana saya sekeluarga hanya bergantung dengan hasil jualan sate yang pendapatannya tidak menentu.

Saya juga tidak lagi risau makan minum anak-anak kerana dengan bantuan BINGKAS saya dapat beli barangan dapur yang cukup setiap bulan.

Sarina Jaini

Sarina Jaini, 40, peniaga

Dengan adanya bantuan BINGKAS nasib keluarga susah di kampung saya terbela.

Pemilihan BINGKAS ini juga lebih adil kerana sampai kepada mereka yang betul-betul memerlukan berbanding bantuan sebelum ini (KISS).

Koh Wee Chee, 45, pengerusi MPKK

JUALAN MURAH

Saya selalu tertunggu-tunggu program jualan murah ini. Kalau trak PKPS datang, saya tahu dapat jimat barang dapur untuk beberapa minggu.

Saya harap Kerajaan Negeri jangan hentikan program ini. Ia sangat bagus kerana kurangkan beban kita.

P Saantha, 36, suri rumah

Ibu mentua saya selalu pergi Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Olak Lempit sebab memang murah, orang ramai berebut sampai pernah tak dapat (beli).

Saya setuju kalau wujudkan pasar mini untuk JER. Kalau boleh memperbanyakkan lagi kekerapan program jualan murah.

Rosniati Mokhtar

Rosniati Mokhtar, 33, peniaga

Saya sangat suka jualan murah ini. Tapi saya harap dapat tambahkan lebih banyak barang mentah seperti ayam 1,000 ekor untuk setiap kali jualan.

Kalau wujudkan kedai lagi bagus. Sebagai contoh kedai ‘franchise’ supaya jadi pusat untuk orang ramai datang. Tak perlu lagi tunggu trak.

Ahmad Fardaus Abdullah, 50, pesara

Saya lihat usaha Kerajaan Negeri laksana program jualan murah barangan asas memberi kesan besar bukan sahaja kepada rakyat yang berpendapatan rendah namun golongan berpendapatan sederhana.

Inisiatif ini secara tidak langsung bantu cegah masalah kekurangan zat makanan sehingga sebabkan masalah kesihatan serius.

Raja Syazwani Asdayanty Raja Yunus,31, jurupulih anggota

INSURANS

Inisiatif ini sangat bagus sebab bukan mudah untuk kerajaan beri insurans percuma sebab kosnya mahal.

Zafran Zulkifli

Tetapi Selangor ambil pendekatan sebegini. Saya berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan keperluan rakyat.

Hafiya Suen, 62, peniaga

Skim ini sangat wajar diberi kepada rakyat sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Kematian disebabkan kemalangan dan cacat kekal, benda-benda tidak diingini seperti ini datang tanpa diduga.

Zafran Zulkifli, 49, kaunselor

Apa yang saya nampak Selangor adalah satu-satunya negeri di Malaysia dan Asia Tenggara yang tawarkan perlindungan insurans am untuk rakyat.

Insentif ini sangat baik kerana ia antara bukti Kerajaan Negeri berjaya lakukan urus tadbir yang baik kerana hasil kekayaan negeri disalur semula untuk manfaat rakyat.

Azhari Azizi, 26, mahasiswa


Pengarang :