Wakil rakyat Kota Damansara Izuan Kassim (kiri) bertemu penjaja di Pekaka Street Food Seksyen 8, Kota Damansara yang terjejas ribut pada 28 Ogos 2023. Foto Facebook Izuan Kassim
ADNSELANGOR

Wakil rakyat ikhtiar hulur bantuan segera permudah urusan 20 penjaja terjejas ribut

Oleh NAJAMUDDIN MOHD NOR

SHAH ALAM, 29 OGOS: Kesemua 20 penjaja di Pekaka Street Food Seksyen 8, Kota Damansara yang terjejas akibat ribut petang semalam akan diberi bantuan segera.

Wakil rakyat Kota Damansara Izuan Kassim berkata bantuan dalam bentuk kewangan itu bertujuan meringankan beban mereka untuk kembali memulakan perniagaan.

“Kerosakan setiap peniaga tidak sama dan saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk mendapatkan bantuan segera dengan segala maklumat mereka telah diuruskan pihak saya,” katanya ketika dihuhungi.

Semalam, Izuan turun ke lokasi kejadian bagi meninjau tahao kerosakan selain berjumpa dengan peniaga terlibat.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan yang teruk, cuma kerosakan teruk pada khemah serta peralatan perniagaan, insya-Allah bantuan segera akan diberikan dalam minggu ini juga,” katanya.

Hujan lebat disusuli ribut menjejaskan khemah dan peralatan niaga 20 penjaja di Pekaka Street Food, Seksyen 8, Kota Damansara pada 28 Ogos 2023. Foto Facebook Izuan Kassim

 


Pengarang :