Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama calon Ijok Amidi Abdul Manan beramah mesra bersama orang ramai yang menjamu selera di Medan Selera MPKS Bestari Jaya pada 5 Ogos 2023. Foto JULIANA JOHAR/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wan Azizah yakin calon Ijok mampu beri khidmat terbaik

OLEH JULIANA JOHAR

KUALA SELANGOR, 5 OGOS: Calon Ijok Amidi Abdul Manan diyakini mampu menjalankan tugas dengan baik dalam menjaga kebajikan penduduk jika diberi mandat pada pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi majlis penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyifatkan bekas pensyarah Universiti Selangor itu seorang yang berkaliber dan tidak kekok mendekati rakyat.

“Pakatan Harapan tawarkan (calon berpotensi) tetapi yang memilihnya adalah pengundi. Insya-Allah, Amidi akan memberikan khidmat terbaik,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak ditemui pada majlis aqiqah di Kampung Jasa Setia, di sini hari ini sebagai sokongan kepada calon bertanding.

Dalam PRN yang berlangsung 12 Ogos, Amidi berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional Jefri Mejan dan Tan Cat Keong mewakili Bebas.

Kerusi Ijok dimenangi KEADILAN sejak 2008.


Pengarang :