Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Bukit Kuching Julaina Sulaiman (kanan) tetap turun padang untuk membantu calon Bukit Melawati Thiban Subbramaniam berkempen dalam pilihan raya negeri. Foto NAZLI IBRAHIM/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wanita berkempen walau hidap barah tahap empat

KUALA SELANGOR, 5 OGOS: Meski menghidap barah ovari tahap empat, ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Kuching di sini tekad membantu calon Pakatan Harapan (HARAPAN) kerusi Bukit Melawati.

Julaina Sulaiman, 48, menegaskan beliau tidak akan sesekali mengaku kalah semata-mata disebabkan penyakitnya itu hingga mengabaikan perjuangan demi kepentingan negara.

“Kenapa hendak mengalah dengan penyakit? Ini demi negara kita, masa depan anak cucu kita, saya tak mahu menyesal nanti.

“Ada (orang) yang berumur 70, 80 tahun masih bersemangat, kita baru diuji sikit macam ini kenapa duduk diam? Bukan saya terlentang tidak boleh bangun,” katanya pada 3 Ogos.

Dalam pertemuan dengan calon Thiban Subbramaniam di Kampung Asahan di sini, ucapan beliau membakar semangat jentera parti selain menerima tepukan gemuruh penyokong HARAPAN dan Umno.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor Sopiah Din.


Pengarang :