Eksekutif Bahagian Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan Muhammad Zubair Azizan menyampaiankan sumbangan ketika menziarahi keluarga yang terlibat kebakaran di Kampung Johan Setia, Klang pada 23 Ogos 2023. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan
AGENSISELANGOR

Yide ziarah dua keluarga terjejas kebakaran, hulur RM500, pek barangan asas

SHAH ALAM, 23 OGOS: Dua keluarga yang terjejas kebakaran di Kampung Johan Setia, Klang menerima bantuan RM500 sumbangan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Wakil agensi berkenaan yang turun ke lokasi hari ini turut menyampaikan pek barangan kelengkapan diri kepada setiap keluarga.

“Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyalurkan infaq dana musibah. Hari ini Yide telah menyerahkan sumbangan kalian kepada orang yang berhak,” maklumnya di Facebook.

Eksekutif Bahagian Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan Muhammad Zubair Azizan menyampaiankan sumbangan ketika menziarahi keluarga yang terlibat kebakaran di Kampung Johan Setia, Klang pada 23 Ogos 2023. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan

Terdahulu, Eksekutif Bahagian Kebajikan Yide Muhammad Zubair Azizan menyerahkan sumbangan kepada mangsa dan turut dihadiri Pengetua Rumah Anak Yatim Al-Munirah Faisal Yeslam.

Semalam, dua kediaman musnah dijilat api sekitar jam 8.30 malam bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Keadaan kediaman yang musnah dalam kebakaran di Kampung Johan Setia, Shah Alam pada 22 Ogos 2023. Foto Facebook Yayasan Islam Darul Ehsan

Yide mempelawa orang ramai untuk terus menyumbang kepada tabung Infaq Dana Musibah Malapetaka Yide melalui aplikasi infaqYide.

Setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.


Pengarang :