Pemandangan bandar raya Shah Alam yang dilanda jerebu pada 13 September 2019. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

10 kawasan catat IPU tidak sihat, empat di Selangor

SHAH ALAM, 29 SEPT: Empat kawasan di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang hari ini.

Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) mencatatkan bacaan IPU Kuala Selangor 154, Petaling Jaya (153), Johan Setia (151) dan Shah Alam (150).

IPU tertinggi direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur dengan bacaan 155. Selain itu IPU tidak sihat direkodkan di Batu Muda, Kuala Lumpur (153), Nilai di Negeri Sembilan (136), Putrajaya (122), Taiping (135) dan Tasek Ipoh (108).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.


Pengarang :