Orang ramai yang hadir pada Majlis Apresiasi Program Halal International Selangor (HIS) Operator sektor industri halal di Pavilion Selangor, Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) Kuala Lumpur pada 12 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

24 pempamer sertai Pavilion Selangor di Pameran Halal Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Sebanyak 24 pempamer pelbagai sektor menyertai Pavilion Selangor sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2023 bermula hari ini.

Pengurus Besar HIS Toyyiba berkata syarikat berkenaan terdiri daripada sektor makanan dan minuman, logistik dan pergudangan halal, bahan ramuan halal, komestik & dandanan diri, institusi pendidikan dan media.

“Tahun ini 24 pempamer telah berdaftar di bawah Pavilion Selangor untuk Mihas kali ini yang meningkat sebanyak 24 peratus berbanding tahun lalu hanya 19 syarikat yang sertai kita.

Pengurus Besar HIS Toyibba Muhammad Syaril Showkat Ali

“Peningkatan ini menunjukkan kita konsisten untuk cakna dan prihatin terhadap semua sektor yang telah diusahakan untuk proses dan perkhidmatan dalam pembangunan industri halal,” kata Muhammad Syaril Showkat Ali.

Terdahulu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan Pavilion Selangor sempena Mihas edisi ke-19 Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).

Dalam pada itu, Muhammad Syaril optimis sasaran jualan sebanyak RM500,000 mampu dicapai pada edisi kali ini mengatasi rekod tahun lalu.

“Tahun lepas kita raih RM200,000 jadi tahun ini kita mensasarkan jualan mengatasi rekod tahun 2022 mengikut kiraan padanan perniagaan.

“Pempamer lebih tinggi dan rancak berbanding tahun lepas dengan sektor yang terlibat mempunyai potensi serta permintaan besar dari pengunjung jadi kami yakin sasaran mampu dicapai,” katanya.


Pengarang :