Orang ramai dan kakitangan MPK sertai kempen derma darah serta pemeriksaan kesihatan asas. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

300 sertai program derma darah, pemeriksaan kesihatan MPK

OLEH JULIANA JOHAR

SHAH ALAM, 6 SEPT: Seramai 300 orang awam dan kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyertai program derma darah dan pemeriksaan kesihatan asas yang diadakan di Bangunan Sultan Alam Shah, Klang, semalam.

Kempen dianjurkan MPK bersama beberapa agensi seperti Jabatan Transfusi Darah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang.

Turut terlibat ialah Klinik Kesihatan Anika, Pusat Perubatan Pakar Sri Kota dan Syarikat Trendy Eye Hub.

Antara pemeriksaan kesihatan yang dilakukan adalah ujian BMI (Indeks Jisim Badan), kolestrol, tekanan darah, glukosa, saringan kesihatan mental, pemeriksaan komposisi tubuh dan mata.

Selain itu, pameran farmasi turut diadakan dan penderma darah yang terlibat juga diberikan sijil penghargaan atas sumbangan mereka.


Pengarang :