AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 9 SEPT: Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur, Putrajaya serta beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :