ANIH Berhad mengaktifkan laluan kontra dari KM116.5 hingga KM119.4 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) susulan tanah mendap pada 10 September 2023. Foto Facebook Lebuhraya Pantai Timur
AGENDANASIONAL

ANIH sahkan kejadian tanah mendap di LPT1, laluan kontra diaktifkan

KUANTAN, 10 SEPT: Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ANIH Berhad mengesahkan kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat di Temerloh dekat sini, hari ini.

Sehubungan itu, ANIH Berhad menutup lorong kecemasan dan kiri laluan itu dan mengaktifkan laluan kontra dari KM116.5 hingga KM119.4.

“Pengguna dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan patuhi papan tanda serta arahan petugas di lokasi,” menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi ANIH Berhad hari ini.

Difahamkan mendapan itu disedari berlaku pada pagi ini, dengan punca masih dalam siasatan.

Mendapan itu bagaimanapun tidak menyebabkan insiden tidak diingini.

– BERNAMA


Pengarang :