Isteri kepada Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad melawat gerai usahawan ketika program Keusahawanan Createpreneur 2023 di Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (masmed), UiTM Shah Alam pada 14 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Daftar segera PLATS untuk luaskan perniagaan, rangkaian produk

SHAH ALAM, 14 SEPT: Peniaga kecil dan penjaja disaran menyertai Platform Selangor (PLATS) yang dibangunkan Kerajaan Negeri bagi meluaskan pasaran produk dan meningkatkan pendapatan.

Isteri kepada Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad berkata sistem digital yang diperkenal tiga tahun lalu turut membantu peniaga meraih lebih ramai pelanggan berpotensi.

“PLATS diwujudkan masa penularan Covid-19 sebab masa itu semua duduk rumah. Dato’ Menteri Besar nak bantu peniaga terutama makanan sebab PKP (perintah kawalan pergerakan) tidak boleh keluar.

“Jadi, bangunkan PLATS dan ternyata berkesan. Peniaga berurusan guna telefon. Mulanya agak susah tetapi sekarang lebih 20,000 peniaga daftar,” katanya di sini hari ini.

Beliau berucap ketika merasmikan program keusahawan Createpreneur di Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang turut dihadiri EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari.

PLATS diperkenal pada Ramadan 2020 bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Setahun kemudian, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja dan diteruskan

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan pada April tahun lalu melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Rakan Digital Selangor (RDS).


Pengarang :