Isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad melawat gerai usahawan ketika program Keusahawanan Createpreneur di Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (Masmed), UiTM Shah Alam pada 14 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Dedahkan usahawan wanita dengan ekonomi digital, bantu kembang niaga

SHAH ALAM, 14 SEPT: Usahawan wanita harus didedahkan dengan kepelbagaian akses ekonomi berteknologi tinggi bagi membantu mereka berjaya dalam perniagaan.

Isteri Dato’ Menteri Besar berkata menerusi pemerkasaan sektor digital, kualiti hidup golongan berkenaan mampu dipertingkat selaras dengan sasaran negara yang mahu wanita berdaya saing.

Isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad berucap sempena program Keusahawanan Createpreneur di Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (Masmed), UiTM Shah Alam pada 14 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Wanita mesti dididik dengan pendidikan keusahawanan secara berterusan bagi merapatkan jurang perbezaaan jantina memandangkan lelaki dilihat lebih berjaya dalam bidang ini.

“Bagi pentadbiran negeri, pelbagai program dilaksana untuk menaikkan kualiti usahawan dan memastikan mereka mampu mentadbir urus syarikat dengan baik,” kata Datin Seri Masdiana Muhamad.

Berucap merasmikan program keusahawan Createpreneur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini, Masdiana turut menyeru wanita supaya memanfaatkan peluang termasuk bantuan kewangan dan kursus keusahawanan.

“Banyak bantuan disediakan kerajaan malah pihak bank juga menyalurkan inisiatif kewangan sosial berupa pinjaman jangka pendek dan jangka panjang bagi memulakan perniagaan,” katanya.

Isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) melakukan gimik pelancaran program Keusahawanan Createpreneur di Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (Masmed), UiTM Shah Alam pada 14 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Program anjuran Akademi Perindustrian Kecil Sederhana dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (Masmed) UiTM menghimpunkan lebih 20 peniaga.

Berkonsepkan ‘Kami Ajar, Anda Jual’, ia berlangsung sepanjang tahun ini dengan satu program diadakan setiap bulan bagi menerap minda keusahawanan.

Isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Muhamad bergambar bersama peserta program Keusahawanan Createpreneur di Akademi PKS dan Pembangunan Keusahawanan Malaysia (Masmed), UiTM Shah Alam pada 14 September 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :