Hujan tidak menghalang orang ramai membeli barang keperluan asas pada harga murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat DUN Sungai Tua di Taman Laksamana Permai, Gombak pada 22 September 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

DUN Sungai Tua antara tiga lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok

SHAH ALAM, 3 SEPT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lagi lokasi esok.

Program bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua yang bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung di Padang Awam Batu Caves.

Jualan murah itu turut berada di kawasan pekarangan tempat letak bas PDTKL (DUN Banting) dan Mesra Ria @ Pandan Mesra (DUN Lembah Jaya).

Program itu kesinambungan Jelajah Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau http://pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :