Orang ramai beratur untuk membeli barangan keperluan asas yang dijual lebih murah berbanding dipasaran pada Program Jualan Ehsan Rahmah DUN Taman Medan di Masjid As-Salam, Petaling Jaya pada 5 Julai 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

DUN Tanjung Sepat, Dusun Tua antara empat lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 16 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) diteruskan ke empat lagi lokasi esok dengan tawaran barangan keperluan asas pada harga murah bermula jam 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook memaklumkan jualan diadakan di Dataran Pantai Batu Laut (DUN Tanjung Sepat) dan Dataran Masjid Al Amin Sg Tekali (Dusun Tua).

Jualan itu juga berlangsung di tapak JRD Batang Kali (DUN Batang Kali) dan hadapan dewan Thiruvalullar Jln Kastam Pelabuhan Klang (DUN Pandamaran).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :