Direktur Utama Gramedia Pustaka Utama (GPU) Suwandi Sadiwan Brata (dua, kiri) bersama Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Sakri Abdullah (dua, kanan) menunjukkan perjanjian persefahaman (MoU) pada Kunjungan Delegasi Malaysia dan Perjanjian Persefahaman di antara ITBM dan GPU di Kompas Gramedia, Jakarta pada 29 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Gramedia tunjuk minat sertai pesta buku negeri

Daripada Fazallah Pit

JAKARTA, 29 SEPT: Gramedia, syarikat penerbitan terbesar di Indonesia berminat untuk menyertai Pesta Buku Antarabangsa Selangor antara 1 hingga 10 Disember.

Pengarah Penerbitan dan Pendidikannya Suwandi S Brata berkata pihaknya tertarik dengan penganjuran itu dan sedia meneliti undangan rasmi Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Direktur Utama Gramedia Pustaka Utama (GPU) Suwandi Sadiwan Brata (kiri) bersama Pengarah Urusan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) Sakri Abdullah (kanan) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada Kunjungan Delegasi Malaysia dan Perjanjian Persefahaman di antara ITBM dan GPU di Kompas Gramedia, Jakarta pada 29 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

“Tawaran itu kami sahut dengan gembira,” katanya dalam dialog bersama delegasi Malaysia yang diketuai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Kompas Gramedia di sini hari ini.

Suwandi juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan ITBM yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Sakri Abdullah sambil disaksikan Pengerusi ITBM Noor Amin Ahmad.

MOU itu berkaitan kerjasama jualan buku Malaysia ke premis jualan Gramedia selain mengadakan usaha sama penerbitan dengan perpustakaan negeri.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhamad bertanya soalan pada sesi diskusi ketika Kunjungan Delegasi Malaysia dan Perjanjian Persefahaman di antara Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Gramedia Pustaka Utama (GPU) di Kompas Gramedia, Jakarta pada 29 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad pula yakin ramai peminat buku Indonesia di Malaysia berharap Gramedia menyertai program yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam.

“Kita yakin dengan banyaknya penerbitan ia akan dapat meluaskan lagi pilihan pembaca dalam pesta buku kelak,” katanya.


Pengarang :