Jalan Sultan Salahuddin
BERITA UTAMABUDAYAPILIHAN MINGGUANRENCANA

Jejaki warisan Kesultanan Selangor di Kuala Lumpur

Bermula dengan penerokaan kerabat diraja Selangor Raja Abdullah Raja Ja’afar untuk melombong bijih timah pada 1857, Kuala Lumpur berkembang menjadi kawasan metropolitan utama negara pada hari ini.

Penempatan di pertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang itu diangkat menjadi ibu negeri Selangor 1880 dan kemudian pusat pentadbiran bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1896.

Bandar itu kemudiannya menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian ibu negara Malaysia. Meski diserah kepada Kerajaan Persekutuan pada 1974, segala jejak warisan berkait kesultanan Selangor masih dikekalkan di pusat kekuasaan negara.

Ia termasuk nama-nama tokoh dan anggota keluarga diraja negeri ini yang mewarnai identiti jalan dan laluan di bandar raya itu.

Wartawan NADIAH ZAMLUS bersama jurufoto HAFIZ OTHMAN dan FIKRI YUSOF mengimbas kembali ketokohan, sumbangan dan peristiwa di balik nama-nama jalan tersebut bersempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

1. Jalan Sultan Abdul Samad

  • Sultan Sir Abdul Samad, sultan Selangor keempat (1857-1898)
  • Pada 1880, Baginda isytihar Kuala Lumpur, sebelumnya Klang, sebagai ibu negeri Selangor
  • Kuala Lumpur waktu itu lebih kurang sebesar kawasan Chow Kit atau Raja Bot ke Kampung Attap di selatan
  • Pada zaman pemerintahan Baginda, bendera dan jata negeri diperkenalkan
  • Baginda membina landasan kereta api menghubungkan Kuala Lumpur dan Klang pada 1890
  • Selain Bangunan Sultan Abdul Samad, nama Baginda diabadi di sekolah dan perpustakaan
Jalan Sultan Sulaiman

2. Jalan Sultan Sulaiman

  •  Sempena nama Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, sultan Selangor kelima (1898-1938)
  • Putera Raja Muda Musa, Baginda cucunda Sultan Sir Abdul Samad
  • Mula gubal Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk selesai isu pewarisan takhta, namun mangkat sebelum ia berjaya dilaksanakan
  • Pernah usul penubuhan pasukan tentera udara dalam Persidangan Raja-Raja Melayu
  • Dikenali kuat beragama, Baginda mengarang kitab agama dan membaca khutbah
  • Jalan raya, landasan kereta api dan rumah kedai banyak dibina di Kuala Lumpur, negeri maju daripada hasil bumi seperti bijih timah dan arang batu
Jalan Sultan Hishamuddin

3. Jalan Sultan Hishamuddin

  • Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj, sultan Selangor keenam (1938-1942 dan 1945-1960)
  • Ketika kependudukan Jepun, Baginda diganti kekandanya Tengku Musauddin sehingga 1945
  • Baginda dimasyhur kembali selepas Jepun kalah
  • Tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1948, termasuk Selangor sebagai sebuah negeri anggotanya
  • Mangkat empat bulan selepas dilantik Yang di-Pertuan Agong kedua pada 1960

4. Jalan Raja Muda Musa

  • Sempena nama Raja Muda Musa, sultan Selangor ketujuh bergelar Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah (1942-1945)
  • Putera sulung Sultan Sir Alaeddin, Baginda banyak bantu kaum kerabat yang bermasalah ketika penaklukan Jepun
  • Sebelum ditabal sebagai sultan, Baginda dilantik presiden Lembaga Pentadbiran Penempatan Pertanian Melayu (Malay Agriculture Settlement atau MAS) di Kampung Baru
  • Penempatan Pertanian Melayu diwartakan pada 1900
Jalan Raja Muda Musa

5. Jalan Sultan Salahuddin

  • Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, sultan Selangor kelapan (1960-2001)
  • Ditabalkan Yang di-Pertuan Agong ke-11 pada 1999
  • Nama Baginda juga harum pada masjid negeri, lapangan terbang dan bangunan pusat pentadbiran negeri

6. Jalan Raja Muda Abdul Aziz

  • Tengku Abdul Aziz Shah, Raja Muda Selangor pada 1950
  • Ditabal sebagai sultan Selangor kelapan pada 1960
  • Dikenali dengan nama lain sebelumnya, laluan utama di Kampung Baru ini kemudian diubah kepada Jalan Raja Muda sebelum dikenali nama sekarang

7. Jalan Raja Laut

  • Sempena pembesar Selangor, putera kedua Sultan Muhammad Shah, sultan Selangor ketiga
  • Digelar ‘Laut’ kerana diputerakan di perairan Lukut, Sungei Ujong di Negeri Sembilan pada 1850
  • Ahli Majlis Negeri Selangor, bertindak sebagai hakim dan penghulu di Kuala Lumpur
  • Ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada 1880-an yang banyak selesaikan masalah setempat
  • Tubuhkan Sekolah Melayu pertama di Kuala Lumpur

8. Jalan Raja Mahmud

  • Raja Mahmud, juga putera Sultan Muhammad Shah, sultan Selangor ketiga
  • Ahli jawatankuasa Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru
  • Nama diabadi sebagai menghargai jasanya dalam MAS
  • Terlibat dalam perang membantu Raja Mahadi

9. Jalan Raja Abdullah

  • Sempena nama Raja Abdullah Raja Ja’afar, adinda Raja Jumaat iaitu pemerintah Lukut, kini Sungei Ujong di Negeri Sembilan
  • Raja Jumaat berkahwin Tengku Senai, puteri Sultan Muhammad Shah, sultan Selangor ketiga pada 1849
  • Berkahwin dengan anak saudara Sultan, Raja Abdullah terima watikah sebagai pentadbir Lembah Kelang daripada Sultan Muhammad Shah pada 1853
  • Baginda menarik etnik Cina dan Melayu untuk berniaga dan terlibat dalam perlombongan timah di sekitar Ampang
Jalan Raja Muda Musa

10. Jalan Raja Bot

  • Raja Bot Raja Jumaat, pemerintah terakhir Kota Lukut sebelum diserahkan kepada luak Sungai Ujong pada 1880
  • Berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1882, teruskan aktiviti perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur
  • Dilantik penghulu Sungai Buloh pada 1887 ƒ jalan ini dalam kawasan di pinggir Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru

11. Jalan Raja Mahadi

  • Putera Raja Sulaiman, atau cucunda sultan ketiga Sultan Muhammad Shah, yang menguasai Klang
  • Tidak puas hati Raja Abdullah dilantik menguasai Klang setelah ayahandanya meninggal dunia
  • Pada 1866, dalam Perang Klang I, Raja Mahadi tewaskan Raja Abdullah
  • Pada 1870, putera Raja Abdullah yang bergabung dengan Tengku Kudin, menantu Sultan Sir Abdul Samad, tewaskan Raja Mahadi dalam Perang Klang II
  • Raja Laut dan Raja Mahmud bergabung dengan Raja Mahadi
    tewaskan orang Tengku Kudin dan Yap Ah Loy di seluruh Selangor termasuk Kuala Lumpur pada 1872
  • Pada 1874, susulan perang yang berlarutan, kuasa Inggeris ambil kesempatan untuk campur tangan politik di Selangor
  • Frank Swettenham menjadi penasihat pertama kepada Sultan Abdul Samad

12. Jalan Raja Uda

  • Sempena nama Raja Tun Uda Al-Haj Raja Mohamad, menteri besar Selangor kedua dan keempat (1949-1953 dan 1954-1955)
  • Berkahwin dengan Tengku Badariah Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, kekanda Sultan Hisamuddin
  • Dilantik setiausaha kepada Residen British di Selangor pada 1939, lantikan pertama dalam kalangan orang Melayu
  • Dilantik gabenor Pulau Pinang pada 1957 selepas menjadi speaker Majlis Persekutuan pada 1955
  • Selain jalan, namanya diabadikan pada perpustakaan utama di Selangor dan juga pangkalan feri di Pulau Pinang

13. Jalan Raja Alang

  • Asalnya untuk Datuk Raja Mohamed, ahli Dewan Diraja Selangor pada 1950-an
  • Namun beliau abadikan nama bapanya Raja Alang Raja Berayun, orang kaya Melayu pada 1880-an. Raja Berayun dilantik Tengku Panglima Garang sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Samad
  • Raja Mohamed diberi penghormatan demikian atas jasanya memperjuang kemerdekaan Tanah Melayu

14. Jalan Raja Ali

  • Dinamakan sempena Raja Ali Raja Jaafar, ahli Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru
  • Penghulu mukim Batu pada 1897 hingga 1927

Pengarang :