AGENDANASIONAL

Johan Setia, Kuala Selangor catat IPU tidak sihat setakat 3 petang

SHAH ALAM, 15 SEPT: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dua kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat jam 3 petang ini.

Menurut laman seswang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Johan Setia adalah 136 manakala Kuala Selangor merekodkan bacaan 127.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan paras baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

Mei lalu, pihak berkuasa cuaca dan iklim memberi amaran berlakunya jerebu lebih serius di rantau selatan Asean antara Jun dan Oktober tahun ini.

Amaran itu dibuat ketika musim kemarau diramal berlaku lebih teruk dan berpanjangan daripada biasa.


Pengarang :