Penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri Kinrara tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan dapur pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah di pekarangan Masjid Baitulamin, Subang Jaya pada 11 September 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan barangan dapur murah di Sentosa, Rawang esok

SHAH ALAM, 19 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke tiga lokasi esok.

Program yang bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari dijadual berlangsung di Surau As-Salam (Sentosa), Masjid Cahaya Iman (Rawang) dan kawasan belakang Tadika Kemas (Seri Serdang).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :