Penduduk sekitar Semenyih mendapatkan barangan asas pada harga murah ketika Jualan Ehsan Rahmah di Medan Selera Semenyih pada 24 Ogos 2023. Foto MOHD ARIF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan Ehsan Rahmah di kawasan DUN Banting, Ijok pagi ini

SHAH ALAM, 6 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di dua lokasi hari ini.

Program yang bermula jam 10 pagi diadakan di pekarangan Jabatan Kerja Raya Kuala Langat (DUN Banting) dan pekarangan Masjid Darul Ibadah (DUN Ijok).

Jualan murah berkenaan adalah kesinambungan Jualan Ehsan Rakyat sebelum ini yang dijenamakan semula pada 1 Jun dan diteruskan hingga Disember depan, dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini JER seluruh negeri boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS


Pengarang :